Friday, 11 January 2013

blog oh blog


blog? dulu blog ni aku pandang sepi je bila kawan-kawan aku suruh buat blog.. kata mereka, kita budak penulisan kene ada blog..wajib!! haha..wajib oke.. aku tak nafikan blog banyak bagi manfaat dan kebaikan kat aku bila aku dah mula tulis blog.. kenapa bila aku sedih aku akan teringat kat blog ekk..hurrmm, mungkin sebab kat sini aku boleh luahkan segala isi hati dan perasaan aku kot walaupun tak semua dan orang boleh baca.. macam la aku kisah kan walaupun ada yang baca.. hihi :p

memang sekarang dan saat ini aku tengah fefeeling sedih oke..haha.. tapi tergelak tu still ada sebab aku cuba untuk hiburkan hati aku balik.. biasalah, bila kita sedih kita akan cari sesuatu untuk hiburkan hati kita..

macam aku, bila aku sedih aku akan cari satu lagu jiwang-jiwang dan ayat yang meleleh-leleh yang boleh buat aku bergenang air mata dan menangis.. haha.. tapi serius, bila kita menangis ibarat kita keluarkan semua masalah yang kita hadapi dan simpan selama ni.. kita akan rasa selega-leganya.. tak percaya, korang nangis la baru tau aku tipu ke tak..hihi.. bila aku menangis aku selalu bagitau kat diri aku macam ni


           menangis lah sepuas-puas hati ko aishah.. lepas tu jangan menangis lagi..
           tapi segera
 bangkit sebab ko tak bersendirian 


tapi macam aku bagitau laa, lain orang lain diorang punye cara macam mana nak hiburkan dan tenangkan balik hati dia..